WartaPress, Jakarta – Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menghadiri langsung upacara pelantikan Presiden dan Wakil Presiden RI di Jakarta pada Minggu (20/10/2024).
“Alhamdulillah, Republik Indonesia (RI) secara rasmi telah menerima dan menyaksikan pelantikan Presiden dan Naib Presiden RI yang baru iaitu Jeneral (B) Prabowo Subianto serta Gibran Rakabuming Raka di sidang Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR), Senayan, Jakarta, ” ujar tokoh Asia berpengaruh tersebut melalui akunnya @anwaribrahim.
Ia mengatakan hadir dalam majlis yang penuh bermakna dan penting ini dalam konteks tinta sejarah demokrasi Indonesia serta perkembangan politik serantau selain sebagai tanda penghormatan buat bangsa Indonesia.
“Insya-Allah, Malaysia akan terus menjadi rakan strategik Indonesia selain meningkatkan jambatan rasa dan ikatan persahabatan kedua negara bersaudara ini,” tambahnya.
Iq juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden RI ke 7, Joko Widodo atas sumbangan dan kerjasama yang terus dilakukan kepada Malaysia sepanjang menjadi Presiden mulai 20 Oktober 2014 hingga 20 Oktober 2024.
“Dengan perjalanan panjang politik Bapak Prabowo Subianto dengan segala tantangan dan mehnah yang dilalui, saya yakin beliau akan berkhidmat sepenuh hati serta akan turut sama dengan Malaysia membangun kerukunan dan mengangkat martabat dan harkat rantau ini ke tingkat yang lebih baik, ” Tutupnya. (Red2/wp). **